Jumaat, 31 Oktober 2008

keinsafan


alam hijau melambai
udara segar menyapa tubuhku
bersandar pada realiti kehidupan
ku ditengah-tengah bukit menghijau

sesekali kicauan burung
menyenangkan hati nurani
kalbu berkata
oh, alangkah indahnya alam ini

aku masih disini
meskipun sekian lama memerhati
kerana suatu yang kurasa
tanggungjawab menjaga alam itu

kejayaan terletak di tangan sendiri.

masyarakat kampung sememangnya beruntung kerana tidak akan merasai keperitan berhadapan dengan masalah kesesakan lalu lintas sepertimana yg berlaku di bandar-bandar besar. Namun, disebalik keberuntungan itu sebenarnya mereka telah mengalami pelbagai keadaan ketidakadilan dalam segenap perkara yg berkaitan dengan kehidupan. ketidakadilan yg ketara ialah dalam aspek pendidikan dan ekonomi. jika kita teliti secara rasional dan penuh keinsafan keadaan masyarakat kampung di luar bandar khususnya di sabah dan sarawak. hati nurani kita akan berkata kenapa hal ini berlaku? inikah keadaan sekolah yg terletak dalam negara yg sedang membangun? persoalan2 ini akan timbul jika kita melawat sekolah-sekolah di luar bandar. para murid sekolah luar bandar akan pergi ke sekolah sepertimana juga murid2 di seluruh negara. mereka juga akan mengalami proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dalam kelas sepertimana murid2 sekolah di bandar. namun, hati nurani kita akan terdetik, mana bilik komputer? mana makmal sains? mana LCD? mana bengkel kemahiran hidup? kenapa tandasnya begini?kenapa kantin sekolahnya begini?kenapa bangunan sekolahnya begitu usang? mana bilik pusat sumber? semua persoalan ini pasti timbul jika kita melawat sekolah-sekolah luar bandar di sabah dan sarawak. kenapa hal ini berlaku? adakah ini yg dikatakan sebagai keadaan sekolah yg berada dalam negara yg begitu pesat membangun? keadaan ini sebenarnya salah satu bentuk ketidakadilan atau diskriminasi yg terpaksa dilalui oleh masyarakat kampung. bagaimana pula nasib anak2 kampung apabila melangkah ke alam sekolah menengah nanti? pasti berlaku perbezaan yg ketara antara mereka dengan para pelajar bandar yg sudah ada pengetahuan yg luas khususnya yg berkaitan dengan komputer, makmal sains dan sebagainya. jadi, bagaimana untuk anak2 kampung ini bersaing dengan pelajar bandar dalam pencapaian akademik? jangan salahkan pelajar yg berasal dari luar bandar jika mereka begitu lembab dan lemah dalam pelajaran. semua ini sebenarnya disebabkan oleh jurang perbezaan yg begitu ketara diantara sekolah rendah luar bandar dan sekolah rendah bandar. sungguhpun, ramai diantara anak2 kampung yg sudah berjaya dalam hidup pada zaman ini, namun jika keadaan ini berterusan, masih adakah jaminan bagi anak2 kampung di generasi akan datang untuk menikmati apa yg dinikmati oelh pelajar bandar??