Sabtu, 1 November 2008

apa da jadi?

gambar atas: penulis memerhatikan jalan raya kg taburan-pekan kota belud yg runtuh akibat hakisan.

saban hari kita disogokkan dengan pelbagai janji manis khususnya untuk memberi keselesahan hidup kepada masyarakat luar bandar. saban hari juga kita mendengar tentang peertikaman lidah yg melibatkan para pemimping kita di parlimen. persoalannya, kenapa hanya pandai berbahas tanpa ada tindakan susulan yg diambil. keadaan seperti ini sebenarnya memberi kesan yg buruk kepada masyarakat kampung khususnya di luar bandar. lihat sahaja gambar diatas. jalan raya ini adalah jalan utama bagi penduduk kampung taburan, dudar dan sarang dalam daerah kota belud di sabah untuk keluar ke pekan iaitu kira2 56km. jumlah penduduk bagi ketiga2 kampung ini pula dianggarkan 2000 orang. dengan jumlah penduduk yg begitu ramai, adakah jalan raya seperti ini sesuai bagi mereka?bagaimana pula sekiranya dalam keadaan jalan raya yg sebegini berlaku kecemasan di kampung2 ini? misalnya berlaku ibu bersalin, berlaku kebakaran dan lain-lain. jalan raya yg sebegini sebenarnya satu penyeksaan bagi seluruh penduduk yg tingal di ketiga2 kampung ini. kemana hak mereka untuk mendapat sepertimana yg diperolehi oleh masyarakat yg lain. soal jalan raya ini hanya satu perkara daripada seribu masalah yg dihadapi oleh penduduk di kampung ini. rentetan daripada itu, wajar bagi kita untuk mempersoalkan keseriusan pihak2 yg berwajib untuk membela secara sama rata atau bersepadu nasib2 penduduk luar bandar di sabah. sebagai suara kampung, saya akan terus memperkatakan tentang permasalahan yg dihadapi oleh masyarakat kampung pada zaman yg serba moden ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan