Jumaat, 7 November 2008

KATA-KATA MUTIARA

"Berfikir sejenak, merenung masa lalu adalah permulaan yang baik untuk
bertindak."

"Tidak ada manusia yang hidup untuk gagal, tetapi tidak merancang adalah
merancang untuk gagal."

"Barangsiapa yang tidak mampu untuk mendidik dirinya, nescaya tidak mampu
untuk dia mendidik orang lain."

"Manusia diuji oleh Allah berdasarkan keimanan yang mereka miliki."

"Rahsia untuk berjaya ialah menghormati orang lain."

"Manusia tidak perlu dihukum kerana lupa, tetapi manusia perlu dihukum kerana
sengaja lupa."

"Orang yang tidak menghormati orang lain tidak akan dihormati."

"Manusia mampu mengemukakan 1000 alasan mengapa mereka gagal tetapi mereka
sebenarnya hanya perlukan satu sebab yang kukuh untuk berjaya."


"Saya percaya; esok sudah tidak boleh mengubah apa yang berlaku hari ini,
tetapi hari ini masih boleh mengubah apa yang akan terjadi pada hari esok."

"Andai hidup punca perpisahan, biarlah mati menyambungnya semula. Namun
seandainya mati punca perpisahan, biarlah hidup ini membawa erti yang nyata."

"Barangsiapa yang tidak pernah merasai sesuatu, nescaya tidaklah ia
mengetahui."

"RAJIN adalah penawar yang paling mujarab, sedang MALAS adalah racun
yang sangat berbisa."

"Yang telah berlalu biarkan ia berlalu, yang mendatang hadapi dengan
cemerlang."

"Jika dunia ini persinggahan, mengapa tidak kita banyakkan bekalan untuk
meneruskan perjalanan? Kerana kita cuma ada satu persinggahan."

"Manusia gagal bukan kerana kebodohan, tetapi mereka gagal kerana melakukan
perkara yang bodoh."


"Kemenangan bermula dari dalam diri."

"Jadidiri seseorang itu kadangkala tidak terletak pada pujian semata-mata,
kadang-kala kejian juga."

"Kekayaan boleh mengaburkan jalan yang jujur"

"Berkatalah benar sekalipun kebenaran itu pahit."

"Setiap manusia dilahirkan sebagai seorang juara, kita tidak kalah walaupun
berada di bawah tetapi kita kalah sekiranya kita tidak bangun semula."

"Banyak perkara yang kita ingini, tidak semua yang akan kita dapat."

"Sebuah kebenaran kadangkala mengandungi kesilapan."

"Jika kail panjang sejengkal, usah diduga lautan yang dalam, walaupun lautan
itu tidak bergelora."

"Angan-angan tidak akan mengubah kita walau seinci, tetapi apa yang kita
laksanakan itulah yang mengubah kita."

"Kadang-kadang sesuatu yang berharga itu kita sedari setelah ia meninggalkan
kita, dan kala itu kita hanya pasrah."

"Manusia tak akan berjaya selagi sentiasa mengenangkan kegagalan yang pernah
ditempuhinya."

"Manusia yang berakal sentiasa memikirkan perkara yang berfaedah."

Orang yang mudah bersedih hati akan sukar mencapai apa yang dicita-citanya.

"Tiada yang paling bernilai pada sebuah kejayaan selain sebuku usaha."

"Untuk mendapat sesuatu yang besar, kita patut banyak berkorban
perkara-perkara yang kecil."

"Kebenaran itu ibarat air yang mengalir, sekalipun disekat ia tetap akan
terus mengalir."

Kekayaan menjahanamkan si bodoh,merosakkan si pandai."


"Berbuat baik jangan sekali, buatlah berkali-kali."


"Tiada siapa akan mengubah saya, oleh itu saya perlu ubah diri sendiri.


"Kita tidak akan ke mana-mana selagi tidak mahu melakukan perubahan."

Kesusahan adalah jalan menuju kebenaran.

"Sesuatu khayalan kadang-kadang menjadi realiti."

"Seorang juara tidak menangguhkan kerjanya."


"Hidup tanpa cita-cita, sia-sia. Hidup tanpa usaha tak ke mana."

Kalau takut mati jangan hidup

4 ulasan: